Selasa, 31 Januari 2017

💛7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi💛
===============================
Perasan tak,tiap kali kita nak marah rasa macam darah naik sampai atas kepala nie..(kalau saya ler)..kena hati2 tuh darah tengah naik...
.
.
Jom kita tinjau tips2 untuk mengurangkan tekanan darah tinggi..


1.Kurangkan berat badan.
-----------------------------------------
Mengurangkan berat badan terutamanya kepada mereka yang sudah mencapai BM1 obesity...Ambil i inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan.Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2.Bersenamlah dengan kerap.
----------------------------------------------
Bersenam 20 minit setiap sesi, 3 kali seminggu..Dengan bersenam jugak dapat membantu dalam pengawalan berat badan..

3.Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari.
---------------------------------------------------------
Pengambilan garam yang berlebihan mengakibatkan lebih banyak air yang terserap dari badan sekaligus meningkatkan tekanan darah.. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4.Jangan merokok
-----------------------------
Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5.Kurangkan Stres.
--------------------------------
Kawal stress anda dengan baik..Ketika sedang stress tekanan darah akan meningkat dan jika stres berlarutan, ianya akan memudaratkan kesihatan dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi.
(Cara kawal stress kita bincang next topik yer)

6.Amalkan diet yang lebih baik.
--------------------------------------------------
Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

-Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

-Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.

-Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

-Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan disamping dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

-Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

-Kurangkan pengambilan  alkohol dan  kafein.

7.Jangan leka
----------------------
Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali lebih2 lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah menghidapai penyakit darah tinggi..


#misijagakesihatan
#tsunamishaklee
#pengedarSahShaklee

9 ulasan:

  1. huish.. bahaya ya tekanan darah tinggi ni.. em.. kalau lah semua dapat elak, kan bagus.. hee~ BTW.. good info..

    BalasPadam
  2. Memang kena berjaga-jaga dah ni. Kena kawal stres. Takutnya kalau kena. Cukup la pengalaman sewaktu pregnant anak sulung dulu. Heheheh

    BalasPadam
  3. Tekanan darah tinggi, tak kira usia. La ni umur 30an pun boleh dapat tekanan darah tinggi sebab gaya hidup tak sihat.

    BalasPadam
  4. Rini sy baca blog banyak citer darah tinggi..mmg ramai rakyat malaysia y ada masalah darah tinggi ni...

    Mana tak nya makan macam² nak² sedap² dan 'berkhasiat' pulak tu...kalau sakit apa susah...

    Hospital ada rm1 je klinik 1 malaysia...

    Tp sy lagi pilih mencegah drp merawat...

    Menabung bukan tabung emas je...tabung kesihatan lg penting

    BalasPadam
  5. pernah ada kakak kat opis darah tinggi masa mengandung...kena pre-eclampsia..tali pusat block..anak tak dapat nutrient..last-last anak meninggal dalam perut..

    bahaya sangat..nauzubillah..cegahlah sebelum kena

    BalasPadam
  6. menakutkan kalau kena tekanan darah tinggi ni, good info sis

    BalasPadam
  7. Thanks untuk info.. baca info yang admin share, buat makin risau ni.. sebab tak pernah lagi buat medical check-up.. huhu

    BalasPadam
  8. Rata-rata rakyat Malaysia ada darah tinggi..kita perlu ambil langkah berjaga jaga dgn cara pemakanan kita.

    BalasPadam
  9. Good info, kadang-kadang kita tak sedar bila start kena serangan darah tinggi ni....kena lebih hati hati

    BalasPadam