Isnin, 9 Januari 2017

Jenis-jenis kencing manis


Kencing manis adalah keadaan metabolisma tubuh yang terganggu mengakibatkan glukosa dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Kencing manis boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :-

1.DIABETES BERSANDARKAN INSULIN (Diabetes type 1)
==============================
*Juga dikenali IDDM (insulin dependent diabetes mellitus) @ diabetes awal remaja.

*Faktor gentik.

*Diabetes type 1 sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja.

*Diabetes type 1 ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas (kelanjar yang menghasilkan insulin yang digunakan untuk menukarkan glukose kepada tenaga)..

*Penghidap diabetes type 1, perlu menerima suntikan insulin bagi meneruskan kehidupan mereka..

*Jika penghidap diabetes type 1 tidak mengambil suntikan insulin,mereka berisiko untuk mengalami koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.

*Ibu bapa yang mempunyai anak2 yang menghidapi diabetes type 1 ini haruslah merekodkan bacaan paras gula anak mereka untu pemantauan doktor dan pakar pemakanan bagi membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin mengikut keperluan.

2.DIABETES BEBAS INSULIN
   (Diabetes type 11)
=======================
*Juga dikenali dengan NIDDM (Non Insulin Dependent Diabetes Mellitus)@ diabetes peringkat permulaan dewasa.

*Faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam.

*Diabetes type 11 ini berlaku apabila berlaku kerintangan insulin.Keadaan apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.

3.DIABETES KETIKA HAMIL
======================
*Juga dikenali dengan nama GDM (Gestational diabetes)

* Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.

*Diabetes ketika hamil biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.

*Ketika mengandung, penghidap GDM memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah untuk mengelakkan kesan terhadap kandungan.

*Bayi yang dilahirkan nerisiko mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi yang normal.

*Setelah bersalin kebanyakan wanita akan kembali sembuh  namun sebahagian kecil didapati menghidapi diabetes type 11 (diabetes bebas insulin)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan