Isnin, 9 Januari 2017

Protein Soya

PROTEIN SOYA
============
Protein terdiri daripada amino acid yang merupakan blok dalam penghasilan setiap sel.Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu.Ia juga penting dalam menghasilkan otot, kulit, tisu, tulang, sendi, rambut, darah dan pelbagai organ penting yang lain.


Kepentingan protein juga dikaitkan dalam penghasilan enzim, hormon, haemoglobin dan antibodi.Walaupun protein digunakan untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikian , ia juga digunakan dalam penghasilan glukos untuk keperluan tenaga apabila badan memerlukannya..

Protein haiwan merupakan sumber biologikal lengkap jika dibandingkan dengan sumber protein sayur.Majoriti rakyat Malaysia menggunakan protein haiwan sebagai sumber utama. Bagaimanapun, protein haiwan mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi dan ia berkait dengan risiko penyakit seperti darah tinggi dan jantung.

Penggantian terbaik untuk protein haiwan adalah :PROTEIN SOYA

Kesimpulan daripada penemuan saintifik, penyelidikan menyarankan pemilihan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Kacang soya merupakan satu-satunya tumbuhan yang mengandungi kesemua 9 jenis amino asid yang diperlukan dan telah digunakan sejak dulu lagi untuk menggantikan protein haiwan dalam pemakanan harian.Selain merupakan sumber protein terbaik yang mengandungi Vitamin B dan mineral, protein soya memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang tidak boleh didapati daripada sumber protein haiwan..

Kebaikan protein soya
-----------------
1) Memelihara kulit, otot, rambut, kuku yang lebih sihat.

2)Meningkatkan prestasi, tenaga dan pertahanan badan.

3)Melancarkan peredaran darah.

4)Meningkatkan kesihatan tulang.

5)Mengekalkan kesihatan payudara dan prostat.

6)Melancarkan kestabilan hormon ,dan peralihan tempoh menopos.

#tsunamishaklee
#banjirshaklee
#misijagakesihatan
#landmarkstudy
#ESP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan