Saya Dhiya, 28tahun ibu kepada dua orang cahaya mata,insyaallah tahun nie bertambah seorang lagi..Saya seorang ibu yang bekerja..
Menjaga penampilan adalah perkara yang saya pentingkan..Sekarang saya cuba amalkan beberapa petua untuk kekal cantik dan sihat... Disini saya nak kongsikan petua kurangkan kedutan di wajah yang saya dapat dari google jugak... dan sangat menarik dan mudah untuk di amalkan...
1. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi vitamin yang lengkap seperti vitamin C, D dan E serta zat besi yang dilengkapi dengan zat anti bakteria terbaik untuk rawatan kecantika kulit
Sebelum tidur bersihkan muka terlebih dahulu, dan sapukan dengan minyak zaitun. Biarkan sampai ke pagi hari. Keesokan pagi barulah dibilas dengan air bersih.
2. Makan sayur dan buah
Mengamalkan gaya hidup yang sihat, pastikan sayur dan buah-buahan diambil dalam diet seharian. Melebihkan makan sayur dan buah-buahan segar dapat membantu mencantikkan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah..
Di samping itu, haruslah dilakukan senaman ringan bagi mengeluarkan peluh.. Tidak semestinya kena berlari pusing padang...buat kerja rumah, memasak, menyapu, mengemas dan menjaga anak pun boleh buat badan kita berpeluh.
3. Lemon
Buah-buahan seperti lemon, limau nipis atau buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah..buah-buahan ini ini kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kulit.
Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali. Petua ni sangat mudah dan buah lemon mudah didapat di pasaraya...
4. Lidah buaya
Lidah buaya kaya dengan antioksida yang sangat baik untuk kulit. Sesuai untuk dijadikan masker bagi mengurangkan kedutan di dahi.
Campurkan isi lidah buaya dengan putih telur dan sapukan pada wajah.. Bilas dengan bersih selepas 15 minit.. Boleh diamalkan dua hari sekali..
5. Lobak Merah
Lobak merah jugak sesuai untuk dibuat masker untuk mengurangkan kedutan pada wajah.
Lobak merah dibersihkan dan diparut.. Campurkan lobak merah yang diparut dengan dua sudu tepunh jagung dan sebiji kuning telur.. Gaulkan sebati.. Sapu pada wajah dan biarkan selama 40 minit, kemudian bilas sehingga bersih.
6.Betik
Ambil dua potong petik yang telah masak,hancurkan..Campurkan satu sudu besar madu dan gaulkan.. Sapukan pada wajah dan hiarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
7. Buah Tomato
Buah tomato mengandungi antioksida yang tinggi dapat memberikan perlindungan ekstra untuk kulit muka.
Potong buah tomato bulat-bulat kemudian sapukan dengan madu asli. Setelah itu tempelkan pada bahagian muka yang berkedut. Biarkan selama 15 minit sehingga nutrisi tomato dan madu tadi meresap kuat di kulit muka.
8. Pisang
Petua hilangkan kedut muka dengan menggunakan buah pisang juga sangat efektif dan mudah.
Cara membuat krim muka anti kedut muka ini sangat mudah. Hancurkan sebiji pisang sehingga jadi krim. Kemudian sapukan ke seluruh permukaan muka, biarkan selama setengah jam. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.
Namun, bukan mudah konsisten untuk luangkan masa nak membuat masker nie...mana tidak nya, umi baru nak potong betik, Ali dah mintak untuk makan....hhehehheh...
Sebenarnya ada cara lain lagi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit wajah kita sekaligus menghilangkan kedutan pada wajah iaitu dengan pengambilan VIVIX® by shaklee...
Ni sangat menarik..VIVIX ® Shaklee dikatakan tonik awet muda.. Kandungan revestrol yang tinggi menjadikan VIVIX® Shaklee mengandungi antioksidan yang tinggi.. Sangat baik untuk memelihara dan melindungi sel dalam badan kita..Erti kata lain,kita cantik bermula dari dalaman lagi...😍😍😍